NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awas saraf 2 Tun

Senjata halus kita Melayu Muslim tidak sedar ialah pecahkan undi atau pecah perintah. Tun Mahathir kata BN boleh menang PRU15, maka orang BN excited mereka perlu dominasi dan tidak perlukan PAS. Tun Daim juga pernah berkata, PAS akan menang banyak kerusi PRU15, maka orang PAS pula respon kita perlu bertanding banyak kerusi, jika tidak bagaimana nak menang banyak. Jadi kena tolak UMNO. 

Bila UMNO dan PAS berpecah, sebab masing2 excited boleh menang tanpa perpaduan Ummah, maka tugas PH seterusnya mengsolidkan undi Cina kepada DAP dan PH. Ini jelas dari kenyataan Lim Guan Eng yang disiarkan oleh Oriental Daily. Terkini, disiarkan oleh The China Press bahawa, jika PAS dan UMNO bekerjasama, Kubu pertahanan mereka sebelah pantai Utara Persisir Selangor akan roboh. Dalam analisa saya, bukan sahaja pesisir pantai utara selangor, bahkan termasuk kawasan pesisir pantai selatan dan hulu. Maka, kunci utama gagalkan parti2 Melayu Muslim ini ialah pecah belahkan mereka. 

Jika undi Cina solid sebagaimana rancangan DAP dalam akhbar Oriental Daily, selepas PAS dan UMNO silap langkah dan berpecah, maka mereka perlu sama ratakan antara undi PAS dan UMNO. Jika undi Cina 20% (DAP) + undi India 10% (DAP dan PKR) + undi Melayu 10% (PAN, PKR dan Pejuwang) maka mereka boleh dapat 40%. Seterusnya mereka perlu pastikan PAS dapat 30% dan UMNO dapat 30%, maka mereka boleh menang. Jika kawasan majoriti Cina 40%, Melayu 30% dan India dan lain2 30%, jika winnible ialah MCA lawan DAP, maka jika PAS masukkan calon Melayu, undi UMNO akan datang kepada PAS menjadikan MCA 35%, PAS 15% tetapi DAP akan dapat 45%. Ini adalah result 2018 sewaktu jebon2 PH dalam semua parti convincekan parti masing2 untuk bertanding "end block".

Sifir ini saya dan kawan2 yg terlibat data dan strategik parti sudah faham sejak sebelum PRU 13 lagi. Sebab itu saya terkejut apabila PAS dan UMNO bertanding di hampir semua penjuru dan kesannya sebagaimana jangkaan, PAS dan UMNO kecundang dan PH mula berkuasa. Memang saya pelik bila ada kawan2 YDP hubungi saya untuk kawasannya bertanding masuk lawan MCA dan DAP sebagaimana arahan dan siap ada pihak yang bagi dana lagi. Dalam hati saya berkata, kerja ini memenangkan PH kerana masuknya PAS ke gelanggan akan menarik undi Melayu UMNO daripada menyokong MCA. Kawasan yang Cina 20% dan ke atas pada 2013 ialah sebanyak 87 kawasan. Mungkin 2018 lebih banyak. Dengan kata lain, jika pecahan politik kembali sebagaimana 2018, maka resultnya akan sama sahaja, PH AKAN TETAP MENANG. 

Sebab itu saya lihat PH bekerja keras untuk pecahkan pakatan ummah ini, termasuk kenyataan Tun Mahathir dan Tun Daim. Strategi ni orang Terengganu panggil "cocoh punggung". Kalau budak2 pernah main lumba kura2 dia akan faham istilah ni, kalau nak suruh kura2 tu lari laju, ambik lilin dan panaskan besi payung, cucuk punggung kura2 tu, maka lajulah dia.

Nota: ini bukan pendedahan strategi rahsia kerana ia bukan rahsia lagi di kalangan strategist kerana semua parti faham sifir ini. Cuma saya coretkan terbuka sebab ramai jentera pelaksana parti tidak faham sifir ini menyebabkan respon mereka menyokong strategi musuh tanpa sedar.

CnP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo