NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Bandau keluar Bersatu, masuk Warisan



KOTA KINABALU:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Wetrom Bahanda dilaporkan keluar daripada Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Warisan.

Ketua Penyelaras Task Force KDM Warisan DUN Matunggong, Jominit Kobuhi, berkata Wetrom mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong, pagi tadi.

“Ya memang betul, dia umum di hadapan penyokongnya di sebuah dewan kebudayaan di Matunggong.

“Saya juga dijemput, tapi saya tidak hadir kerana saya Warisan dan program beliau bukan program rasmi parti, tapi memang itulah yang berlaku (Wetrom umum keluar GRS dan sertai Warisan).

“Apapun kita tunggu pengumuman atau kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan Warisan,” katanya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo