NOTIS:

Belum ada lagi....

Tiada petunjuk bot bawa 10 PATI karam, operasi SAR dihenti

0

Operasi SAR dihentikan jam 7.30 malam selepas Maritim Malaysia tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk kejadian itu benar-benar berlaku. - Gambar/ Maritim Malaysia

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot dikatakan membawa 10 pendatang tanpa izin (PATI) yang didakwa karam di perairan Tanjung Penyusop dekat sini, hari ini.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata operasi berkenaan dihentikan jam 7.30 malam selepas pihaknya tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk kejadian itu benar-benar berlaku.
Katanya, terdahulu pada jam 4 pagi, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima aduan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di kedudukan 9.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop.
"Aduan diterima daripada pengadu yang merupakan warga Indonesia mendakwa dia bersama sembilan lagi warga Indonesia berada di dalam bot pancung dan telah karam di berhampiran perairan Batu Puteh.
"Berikutan itu, pihak MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi Carilamat (SAR) pada jam 4.05 pagi tadi dengan mengatur gerak sebuah kapal dan bot ronda milik Maritim Malaysia ke lokasi kejadian.
"Sehingga jam 7.30 malam tadi, hasil pemantauan dan pencarian di lokasi dengan keluasan 26.52 batu nautika persegi menunjukkan tiada sebarang penemuan atau bukti berlakunya kejadian bot karam.
"Pihak berkuasa Singapura dan Indonesia juga tidak melaporkan mengenai sebarang kejadian bot karam seperti yang diterima oleh pihak MRSC Johor Bahru. Justeru operasi Carilamat dihentikan.
"Kita tidak menolak kemungkinan panggilan yang diterima adalah panggilan palsu. Pihak MRSC Johor Bahru akan berkerjasama dengan pihak polis dan Konsulat Indonesia bagi mengesan individu yang membuat laporan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemantauan di lokasi akan bagaimanapun tetap akan diteruskan oleh aset Maritim Malaysia yang melakukan rondaan penguatkuasaan di laut.
"Orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan mengenai jenayah rentas sempadan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau talian pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9401," katanya.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo