NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kabinet akan bincang isu bubar Parlimen Rabu ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.

Beliau berkata, memandangkan Rabu ini terdapat mesyuarat kabinet sebelum beliau berlepas ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), mungkin perbincangan berkaitan PRU15 itu dengan kabinet boleh diadakan terlebih dahulu sebelum pertemuan 'top five' UMNO bagi membincangkan perihal PRU15.

Menurutnya, mesyuarat kabinet mempunyai wakil pelbagai parti termasuk UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu bagi membolehkan hal berkaitan PRU15 dibincangkan.

"Kabinet ada wakil parti Bersatu, GPS dan UMNO, kita akan bawa (hal PRU) dalam (mesyuarat) kabinet,” katanya ketika ditanya media adakah perkara berkaitan PRU akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, selepas melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di sini pada Isnin.

Mengikut Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah mMenteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan itu.

Ismail Sabri berkata, beliau masih belum mengadakan pertemuan dengan 'top five' UMNO bagi membincangkan hal berkaitan PRU15.
'Top five' merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Sumber | SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo