NOTIS:

Belum ada lagi....

Rasuah Projek Solar Hibrid : Rosmah bersalah atas semua pertuduhan

0
Hakim Mohamed Zaini berkata Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dalam penghakiman ringkas, Mohamed Zaini berkata pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua tiga tuduhan dihadapi isteri bekas perdana menteri itu.

Rosmah didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo