NOTIS:

Belum ada lagi....

Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II

0

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland.

RATU Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada Khamis pada usia 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland.
Berikut merupakan sejarah kehidupan baginda:
- Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.
- Baginda menjadi pewaris apabila bapa saudaranya, Raja Edward, turun takhta pada 11 Disember 1936, dan bapanya, George menjadi Raja. Baginda berumur 10 tahun ketika itu.
- Baginda berkahwin dengan leftenan tentera laut Philip Mountbatten, seorang putera dari Greece, di Westminster Abbey di London pada 20 November 1947.
- Mereka mempunyai empat anak: Putera Charles (lahir pada 1948), Puteri Anne (1950), Putera Andrew (1960) dan Putera Edward (1964). Philip meninggal dunia pada April 2021, pada usia 99 tahun.
- Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahanda baginda pada 6 Februari 1952, semasa dalam rangka lawatan diraja di Kenya. Baginda dimahkotakan pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey. Istiadat kemahkotaan itu merupakan yang pertama disiarkan di televisyen.
- Baginda telah berkhidmat bersama 15 Perdana Menteri.
- Pada 9 September 2015, baginda menjadi ratu pemerintah paling lama memerintah, mengatasi tempoh pemerintahan Ratu Victoria.
- Elizabeth adalah ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines, dan Tuvalu.
- Baginda meraikan Jubli Platinumnya -sempena ulang tahun ke-70 baginda menaiki takhta - pada 6 Februari 2022.

Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo