NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini

Sehubungan itu, beliau kerajaan negeri menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang. - Gambar hiasan/BERNAMA

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik berkata titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta yang merupakan monarki paling lama bertakhta dalam sejarah Britain.
"Tuanku Muhriz berkenan agar bendera Negeri Sembilan dikibarkan separuh tiang pada Isnin, 19 Sept bagi menzahirkan penghormatan baginda kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo