NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: "Boleh diadakan sebelum musim banjir" - Asyraf Wajdi

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih boleh dilaksanakan pada tahun ini sekiranya dilakukan sebelum musim banjir, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih boleh dilaksanakan pada tahun ini sekiranya dilakukan sebelum musim banjir.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan banjir besar bakal berlaku pada penghujung November tahun ini.
“Jika ramalan MetMalaysia ini dijadikan sandaran, maka PRU masih boleh diadakan sebelum banjir besar pada penghujung November.
“Ramalan ini boleh menjadi landasan yang paling kuat supaya Dewan (Rakyat) boleh dibubar awal Oktober terutamanya 7 hingga 10 Oktober,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis.
Bercakap mengenai kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Asyraf Wajdi berkata, rekod sebelum ini menunjukkan PRU boleh diadakan dalam tempoh empat minggu selepas parlimen dibubarkan.
“Kalau ikut rekod PRU14 dulu, SPR mampu dan boleh buat PRU dalam masa 1 bulan selepas bubar.
“Rekod PRU14 ialah, Parlimen dibubar pada 7 April 2018 dan SPR buat PRU pada 8 Mei 2018 (dalam masa kurang empat minggu ).
“Umpamanya, jika dibubar pada awal Oktober 2022, maka PRU15 dapat dan sempat dibuat pada awal November 2022 , iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat,” katanya lagi.
Baru-baru ini, spekulasi tarikh untuk mengadakan PRU15 semakin hangat diperkatakan ahli politik termasuk seglintir yang menuntut agar ia diadakan secepat mungkin.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sebelum ini ada memberi bayangan mengenai pengumuman yang bakal dibuat membabitkan soal PRU15.

Sumber | Astro Awani 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo