NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM puji Sanusi berjaya bawa pelaburan RM14.4 billion ke Kedah

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memuji pencapaian Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dan kerajaan negeri kerana berjaya menarik pelaburan dalam projek berskala mega bernilai RM14.4 bilion ke negeri itu.

Ismail turut berterima kasih atas keputusan Kumpulan MMC yang bersetuju melabur untuk projek mega berkenaan yang terletak di Wilayah Ekonomi Koridor 2.

“Saya gembira dengan keputusan Kumpulan MMC mahu melabur di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor 2 ini, sekaligus mengubah landskap sosioekonomi penduduknya,

“Saya yakin pelaburan ini mampu melonjakkan nama Yan dan negeri Kedah khususnya, sebagai hab industri petroleum terutama yang berasaskan gas asli cecair (LNG) di rantau ini,” katanya ketika merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di Yan.

Dalam pada itu, Ismail turut menafikan negeri Kedah diabaikan oleh kerajaan pusat di bawah pentadbirannya dengan menggambarkan Projek Strategik NCER – Rubber City bernilai RM10 bilion di Padang Terap dan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, Yan sebagai contoh usaha kerajaan pusat membangunkan negeri Kedah.

Katanya, pelancaran dua projek pelaburan mega itu yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM24.4 bilion, menunjukkan Kedah tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan pusat.

“Sememangnya menjadi agenda kerajaan untuk membangunkan seluruh pelosok negara supaya tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpinggir daripada nikmat pembangunan negara,” katanya yang turut memuji usahasama kerajaan-swasta terutama Kumpulan MMC yang dilihat menjadi perintis bagi melabur di daerah Yan.

Katanya, Kumpulan MMC telah bertindak berani menjadi perintis membuka laluan ke daerah ini termasuk menyediakan kemudahan yang akan menarik pelabur-pelabur lain untuk turut melabur di kawasan berkenaan.

“Ini adalah bukti kerjasama baik antara kerajaan dan swasta dalam merangsang dan memajukan ekonomi negara yang mana hasilnya dapat dinikmati seluruh Keluarga Malaysia” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo