NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rosmah kawal Najib - Hakim

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak, demikian dinyatakan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya ketika menyabitkan Rosmah bagi tiga tuduhan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.

"Walaupun tiada urusan dalam tugas Najib atau hal ehwal kerajaan, tertuduh tetap melakukan perbuatan (campur tangan)," katanya.

Mohamed Zaini berkata, tindakan Rosmah dilihat sebagai mendominasi Najib dan mempunyai kawalan ke atas suaminya

Beliau berkata, bekas pembantu khas Najib, Datuk Rizal Mansor bercakap benar apabila berkata Rosmah mempunyai sifat suka mengawal dan boleh mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam.

Katanya, Rizal yang juga saksi dalam perbicaraan kes itu bekerja dengan Rosmah selama bertahun-tahun dan sudah tentu akan dapat melihat perkara itu secara peribadi.

"Tertuduh tidak menunjukkan bahawa beliau mudah diambil kesempatan. Dia mempunyai karakter yang tegas dan tidak gentar untuk menegur sesiapa pun," katanya.

Hakim itu berkata, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid atau bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad cuba mengaut keuntungan daripada projek solar itu.

Beliau berkata, banyak tuduhan yang dilemparkan kepada mereka ketika disoal balas, khususnya terhadap Mahdzir dan daripada pemerhatian mahkamah, Mahdzir dengan tegas menafikan semua tuduhan itu.

Katanya, saksi itu tidak pernah menunjukkan tanda gugup.

"Pada pendapat saya, Mahdzir cuba melakukan perkara yang betul. Bukti menunjukkan Mahdzir mahu Jepak melalui proses yang sepatutnya. Beliau tidak mahu memintas prosedur kementerian, malah sehingga ke tahap cuba memujuk Najib dua kali secara peribadi.

"Mahdzir cuba meyakinkan Najib untuk menggunakan tender terbuka bagi projek itu dan bukannya melalui rundingan terus dengan Jepak, Najib bagaimanaoun bertegas dan menyuruhnya melaksanakan arahannya.

"Mahdzir juga menasihati Najib untuk menangguhkan pengeluaran Surat Anugerah kepada Jepak kerana tidak memenuhi banyak keperluan kementerian dan mengadu kepada Najib mengenai gangguan Saidi dan rakan perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah yang tidak menghormatinya sebagai menteri," katanya.

Mohamed Zaini berkata, Najib bagaimanapun sekali lagi tidak mengendahkan rayuan itu dan mengarahkan Mahdzir untuk mengikut arahan.

Katanya, amat menakjubkan bahawa kontrak bernilai RM1.25 bilion hanya boleh diberikan hanya dengan menulis minit tanpa melalui prosedur yang diharapkan berfungsi sebagai semak dan imbang.

Sumber | BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo