NOTIS:

Belum ada lagi....

Pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia mungkin lepasi anggaran rasmi - Tengku Zafrul

0

Tengku Zafrul berkata Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku ketiga meskipun keadaan ekonomi global yang lemah serta peningkatan dolar AS. - Gambar/ FB @Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin dapat melepasi anggaran rasmi antara 5.3 dan 6.3 peratus pada 2022 apabila negara mencatatkan pertumbuhan pantas dalam suku kedua pada 8.9 peratus dan jangkaan prestasi kukuh pada suku ketiga.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku ketiga meskipun keadaan ekonomi global yang lemah serta peningkatan dolar AS.
"Angka baharu (unjuran) akan diumumkan pada 7 Okt.
"Juga penting adalah inflasi di Malaysia kini berada sekitar 2.8 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama, dasar monetari kita kekal akomodatif walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (lagi) kepada 2.50 peratus yang masih lebih rendah berbanding tempoh sebelum krisis (COVID-19) pada 3.0 hingga 3.25 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada pada forum setengah hari yang diadakan secara hibrid bertajuk Pemulihan dan Daya Tahan: Tumpuan kepada Perniagaan ASEAN, anjuran Bloomberg, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata subsidi telah banyak membantu meredakan kesan daripada kenaikan harga tenaga kepada rakyat Malaysia dan juga dalam usaha mengawal kadar inflasi.
Namun, katanya, peruntukan subsidi akan berjumlah sekitar RM80 bilion tahun ini yang mana merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.
"Kita beruntung kerana dapat melihat apa yang kita capai hari ini. Sudah tentunya kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih komoditi telah membantu. Bagi eksport, kita merupakan bahagian penting daripada rantaian bekalan (global) bagi pembuatan," katanya.
Mengenai Bajet 2023, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada tiga bahagian utama iaitu mengekalkan pertumbuhan ekonomi, memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif serta tanggungjawab fiskal.
Tengku Zafrul berkata sektor kewangan masih kekal stabil di tengah-tengah kenaikan kadar faedah secara berperingkat oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Sudah tentunya ada kesan sampingan daripada kenaikan kadar terhadap ekonomi. Apa yang kita lihat adalah ekonomi kita berkembang kukuh, jadi kita mampu untuk menaikkan kadar," katanya.
Mengenai risiko ringgit berada dalam tekanan disebabkan oleh dasar monetari yang ketat, Tengku Zafrul menegaskan kerajaan tidak akan terlalu fokus kepada prestasi mata wang kerana ia akan terus menumpukan kepada prestasi ekonomi jangka sederhana dan jangka panjang.
"Anda perlu memahami kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS). Instrumen monetari yang ada di Malaysia atau pasaran lain bergantung kepada senario ekonomi negara itu.
"Kadar inflasi di Malaysia dalam tempoh enam hingga tujuh bulan (2022) adalah 2.80 peratus jadi kita boleh mempunyai dasar ekonomi akomodatif, yang disokong oleh sokongan fiskal yang sangat besar," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo