NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perancis beri amaran kenaikan kes COVID-19

Badan kesihatan kebangsaan Perancis memberi amaran mengenai kebangkitan semula kes COVID-19 di negara itu. - Foto AP

PARIS: Badan kesihatan kebangsaan Perancis hari ini memberi amaran mengenai kebangkitan semula kes COVID-19 di negara itu dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi diri daripada virus itu.

Badan Sante Publique France (SPF) berkata, sepanjang minggu iaitu dari 5 hingga 11 September, terdapat 186 kes sah COVID-19, bagi setiap 100,000 orang di Perancis, meningkat 12 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ia mewakili purata sekitar 18,000 kes baharu setiap hari.

Awal minggu ini, pengarah eksekutif badan pemerhati Agensi Ubat Eropah (EMA), Emer Cooke dalam temu bual Next Newsmaker Reuters berkata, orang di Eropah harus mengambil apa sahaja vaksin penggalak COVID-19 yang tersedia untuk mereka, memandangkan jangkaan peningkatan jangkitan pada musim luruh.

Jangkitan baharu semakin meningkat sejak 10 hari lalu dan purata pergerakan tujuh hari kes baharu harian mencapai paras tertinggi hampir lima minggu iaitu 24,042 pada semalam. - REUTERS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo