NOTIS:

Belum ada lagi....

Helikopter hilang: SAR tumpu kawasan Hutan Simpan Chikus

0

Atur gerak SAR yang telah dimulakan pada jam kira-kira 4 petang itu melibatkan kawasan Hutan Simpan Chikus di sempadan antara Hilir Perak dan Bidor. - Gambar/ Google Maps


BIDOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juruterbang bersama helikopter yang hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad ditumpu kepada kawasan di Hutan Simpan Chikus dekat sini.
Ketua Polis Perak , Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata atur gerak SAR yang telah dimulakan pada jam kira-kira 4 petang itu melibatkan kawasan sempadan antara Hilir Perak dan Bidor.
Katanya SAR berkenaan diaktifkan selepas menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdengar bunyi helikopter terbang rendah berhampiran Kampung Kenangan Jalan Bidor- Teluk Intan dekat sini, sekitar jam 5.40 petang.
"Seramai 11 pegawai dan 80 anggota membabitkan polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara Bomba dan Jabatan Perhutanan Negeri digerakkan dalam operasi ini.
"Helikopter pendaftaran N409HH jenis EG120 milik syarikat swasta melibatkan seorang juruterbang tanpa penumpang
“Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Bidor dekat sini pada Ahad.
Tambahnya, SAR di kawasan hutan simpan yang berkeluasan 2,000 hektar itu akan disambung pada jam 8 pagi esok susulan keadaan hari yang makin gelap.
Jelas beliau lagi, operasi SAR akan melibatkan dua kaedah iaitu melalui jalan darat dan udara.
Dalam pada itu Mohd Yusri memberitahu walaupun cuaca hujan ketika kejadian, namun pihaknya belum dapat mengesahkan sama ia menjadi salah satu punca insiden itu atau sebaliknya.
“Setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu yang diperoleh. Dan saya berharap jika ada orang awam mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu, diminta untuk tampil memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera,” katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan sebuah helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Helikopter jenis yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd itu dilaporkan terputus hubungan dengan KLATCC kira-kira jam 12.16 tengah hari.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo