NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Emosi ahli UMNO, BN tidak boleh jadi alasan pengampunan ke atas Najib' - bekas Ketua Hakim Negara

Gambar fail - Datuk Seri Najib Razak bertemu penyokong pada rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lalu. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Dakwaan ketidakadilan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdasarkan emosi ahli-ahli sesebuah parti politik tidak boleh menjadi alasan untuk memberi pengampunan terhadapnya.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata jika sekalipun Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pengampunan juga tidak seharusnya diberikan.

"Alasan paling kuat mengapa pengampunan tidak patut diberi atas alasan ini ialah 'precedent' yang diwujudkan oleh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak patut diikuti untuk mengelak pemimpin-pemimpin yang korup, menyalah guna kuasa dan menyeleweng wang negara dan penjenayah daripada berkuasa atau berkuasa semula dan mengelak hukuman. 

"Ia juga untuk mengelak ahli-ahli politik daripada memperalatkan Raja Berperlembagaan dan Lembaga Pengampunan untuk membolehkan pemimpin seperti itu berkuasa atau berkuasa semula. Itu bukanlah tujuan Lembaga Pengampunan diadakan," katanya dalam catatan yang dikongsi dalam blog, tunabdulhamid.my hari ini. 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo