NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bapa pelakon remaja disiasat kes amang seksual, cabul


KUALA LUMPUR: Bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan yang ditahan minggu lalu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini, untuk siasatan berhubung kes amang seksual dan cabul.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata lelaki berusia 43 tahun itu diserahkan IPD Shah Alam kepada IPD Klang Utara bagi membantu siasatan kes terhadap mangsa berusia 15 tahun itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377A/354 Kanun Keseksaan bagi kesalahan amang seksual dan cabul.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata reman terhadap bapa pelakon remaja berhubung kes pukul yang disiasat pihaknya tamat hari ini.

"Kita serahkan suspek kepada IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Pada 12 September lalu, media melaporkan bapa pelakon remaja berkenaan dirujuk ke IPD Shah Alam susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa dipukul menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, mangsa membuat laporan itu pada 8 September lalu.

Sebelum ini, suspek ditahan di kediamannya di Kedah pada 6 September lalu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya, selain polis turut merampas telefon bimbitnya dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.



Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo