NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong minta hukuman diyat dikaji dan dilaksana

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar hukuman diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah) dapat dikaji dan dilaksanakan di negara ini.

Al-Sultan Abdullah menitahkan pelaksanaan hukuman diyat itu telah diperakukan oleh Sultan sejak lima hingga enam tahun lalu, namun baginda masih dalam peringkat pengajian sehingga kini.

“Saya mencadangkan pihak berkenaan untuk menentukan rizab hukuman diyat boleh dikaji, diteliti dan dilaksanakan di Pahang dan amnya di Malaysia.

“Sudah hampir lima hingga enam tahun saya kemukakan cadangan ini tetapi ia masih di peringkat kajian dan perbincangan.

“Sehingga saya tua dan mempunyai cucu, ia belum diputuskan,” katanya.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian dan sambutan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di sini hari ini.

Turut mencemarkan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsa sebagai pampasan terhadap jenayah yang dilakukan penjenayah kepada mangsa.

Sumber | BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo