NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kajian mendapati 88 peratus pemberi rasuah adalah bukan Melayu - Dr Zuhdi

KAJIAN MENDAPATI 88 PERATUS PEMBERI RASUAH ADALAH BUKAN MELAYU

Oleh Dr Zuhdi Marzuki

1. Satu kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan mendapati 88 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah bukan Melayu. Menurut kajian tersebut 57.46 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah adalah dari kaum Cina, 30.51 peratus dari kaum India dan 12.03 peratus dari kaum Melayu. Dapatan kajian tersebut telah diterbitkan di dalam sebuah jurnal antarabangsa yang berwibawa di sebuah universiti terkemuka US.

2. Dapatan dari kajian itu juga menyebut, antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman sama ada berupa denda atau penjara. Faktor yang lain mendorong kepada penyogokan tersebut adalah kerana ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan dengan tender perolehan dan seumpamanya. Keseluruhan kes pemberi rasuah yang sabit kesalahan dalam tempoh tersebut ialah 449 kes.

3. Sebelum ini tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ada menyebut tentang perkara ini yang kemudian dijadikan isu oleh pihak PH terutamanya DAP. PH telah membuat beberapa laporan polis tentang tulisan ini dan cuba memainkan sentimen perkauman untuk mendapat mileage politik. Hakikat sebenarnya, apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu selari dengan dapatan kajian yang dinyatakan di atas, justeru PH tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman untuk kepentingan politik mereka.

4. Sememangnya umum mengetahui pada PRU ke-14 tahun 2018, lebih 90 peratus pengundi kaum Cina mengundi PH, manakala majoriti besar pengundi kaum India juga mengundi gabungan parti politik yang sama. Bagaimanapun, dalam beberapa PRK dan PRU peringkat negeri baru-baru ini, memperlihatkan undi kedua-dua kaum sudah mula beralih dari PH. Menyedari peralihan tersebut, pimpinan PH kembali memainkan sentimen perkauman seperti yang mereka lakukan terhadap tulisan Presiden PAS.

5. Perlu diakui, wabak rasuah ini melibatkan semua kaum sama ada Melayu, Cina atau India. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, majoriti yang terlibat sebagai penerima rasuah adalah dari kaum Melayu, manakala majoriti yang terlibat sebagai pemberi rasuah adalah dari kaum bukan Melayu. Bagaimanapun, yang selalu dipersalahkan adalah penerima rasuah, sedangkan pemberi rasuah juga adalah sebahagian dari golongan bermasalah yang perlu dibenteras. Demikianlah intipati daripada tulisan Presiden PAS.

6. Dari satu sudut, PH khususnya DAP memainkan sentimen perkauman terhadap tulisan Presiden PAS bertujuan untuk mengekang peralihan sokongan pengundi bukan Melayu daripada mereka. Dari satu sudut yang lain pula, PH merasa kepanasan kerana golongan pemberi rasuah sekarang sedang mengelilingi mereka terutamanya sejak PRU ke-14 yang lalu. Oleh sebab itu, bila Presiden PAS menulis tentang hapuskan golongan pemberi rasuah, PH turut menerima bahang kepanasan tersebut.    

7. Pemimpin PH mungkin tidak menyedari bahawa pada 16 Mei 2019, pemimpin utama mereka Dato Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan perkara yang hampir sama dengan apa yang saya bangkitkan dalam tulisan saya yang lepas. Anwar ketika berucap kepada NGO selepas berbuka puasa, menyatakan bahawa PH yang memerintah ketika itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda amalan rasuah. Kata Anwar lagi, beberapa pemimpin PH mula kelihatan menikmati gaya hidup mewah setelah jadi kerajaan.

8. Rakyat tidak boleh ditipu, selepas PH menerajui kerajaan pada 9 Mei 2018 beberapa tuduhan salahguna kuasa dan rasuah telah berlaku dalam kalangan pimpinan PH. Semasa PH memerintah juga beberapa pegawai Menteri PH telah disiasat SPRM kerana disyaki menerima sogokan. Malah yang paling tidak boleh dilupakan, kes-kes yang melibatkan pimpinan utama PH termasuk antaranya kes rasuah telah digugurkan oleh Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, yang sememangnya dikenali pro PH. 

9. Di zaman PH memerintah, badan-badan yang seharusnya bebas sebagai kuasa semak dan imbang pihak eksekutif telah dibolot oleh mereka yang dikenali sebagai mesra PH atau baik dengan pemimpin tertentu dalam PH. PH telah melantik Speaker Parlimen dan pegawai-pegawai beliau dari kalangan anggota parti mereka. Demikian juga pelantikan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dua agensi terpenting kerajaan dalam persoalan ketelusan, dilantik dari kalangan pendukung dan penyokong PH. 

10. Oleh yang demikian, PH tidak berhak mendakwa pemerintahan mereka selama 22 bulan bersih dari salahguna kuasa dan rasuah. Nasib baik PH memerintah hanya 22 bulan, sekiranya lebih lama tidak mustahil lebih ramai pemimpin PH yang terjebak dengan salahguna kuasa dan rasuah. Perlu diingat, golongan pemberi rasuah sentiasa mengelilingi mana-mana parti politik dan pemimpin mereka yang mereka yakini boleh disogok. Realitinya sekarang, mereka sedang mengelilingi PH.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo