NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta

Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mengadakan Tinjauan Mesra (Walkabout) di Kedai sekitar Kok Lanas hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pagi tadi.
"Kes ini masih dalam sisatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan 'Cobalt Strike.'
"Pelayan yang terjejas sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di premis sekitar Kok Lanas hari ini.
Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.
"Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.
Menurut satu kenyataan, iPay88 memaklumkan bahawa sejak 31 Mei lepas, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo