NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Provokasi punca penyokong Kelantan 'mengamuk'

Difahamkan provokasi itu berlaku ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju minit-minit akhir permainan. - Gambar/ Sinar Harian

TINDAKAN segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah, Kelantan dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan pada aksi Liga Premier antara The Red Warriors (TRW) dengan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, pada petang Rabu.
Difahamkan provokasi itu berlaku ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju minit-minit akhir permainan.
Tindakan tersebut mengundang kepada insiden berbalas-balas balingan objek antara kedua-dua penyokong.
Situasi itu memaksa penyokong lawan memasuki kawasan padang dan berkumpul di hadapan gol sambil sebahagian daripada mereka terus membuat provokasi ke arah tuan rumah.
Susulan itu, penyokong TRW berkumpul di luar stadium sehingga memaksa pihak keselamatan bersama pasukan polis mengawal keadaan dengan 'menahan' penyokong Perak daripada keluar.
Video kekecohan itu kemudiannya tular di laman sosial Facebook sekali gus mengundang pelbagai komen daripada warganet. - Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo