NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri dianggap 'si pencari damai politik' - Penganalisis

Sivamurugam ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Ismail Sabri Yaakob: Menebus kestabilan, mengurus kepelbagaian pada Simposium Keluarga Malaysia hari ini. -Gambar/ Astro AWANI

PUTRAJAYA: Selepas setahun menjadi Perdana Menteri, corak pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang lebih menjurus kepada keterbukaan dalam menghulurkan pendamaian terutama politik, berjaya membuahkan hasil yang baik kepada negara.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin nombor satu negara itu berjaya merentasi tembok perbezaan yang sebelum ini sukar mencapai titik persamaan.
Katanya, ketika Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, situasi politik negara yang tidak stabil berada di kemuncak dengan ditambah bebanan ekonomi semasa yang memerlukan penyelesaian segera.
Malah jelasnya, ketika itu negara masih lagi berdepan dengan masalah sosiokesihatan serius akibat ancaman pandemik COVID-19.
“Ketiga-tiga kedudukan ini, bukan mudah untuk menjadi seorang Perdana Menteri apabila perlu berada di dalam saiz ‘kasut’ yang besar.
“(Beliau) perlu berhadapan dengan pengurusan dalam partinya kerana buat kali pertama Perdana Menteri adalah Naib Presiden UMNO iaitu jawatan ketiga tertinggi dalam parti
"Malah sebaik memasuki secara rasmi pejabatnya di Putrajaya, beliau tidak mempunyai waktu untuk dilengahkan bagi memenuhi semua tuntutan ke atas bahu seorang pemimpin sebenar.
“Saya melihat bahawa beliau mahu mencari kedamaian politik dan yang kedua, harus untuk memecahkan kebuntuan politik.
“Bermakna harus menebus semula kestabilan dan membawa keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan dan akhirnya barulah kita mampu untuk mengurus kepelbagaian dalam sektor ekonomi, politik dan sosial," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk ‘Ismail Sabri Yaakob: Menebus kestabilan, mengurus kepelbagaian’ pada Simposium Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, inisiatif Ismail Sabri mencari jalan untuk memastikan gencatan persengketaan ketika itu telah memberi kesan positif terhadap suhu politik negara.
"Apatah lagi untuk mengajak seteru politik duduk bersama sehingga mampu memeterai perjanjian kerjasama adalah tindakan yang tidak mudah," katanya.
Peritiwa itu katanya telah mencatatkan sejarah pentadbiran negara yang tersendiri di mana buat pertama kali kerjasama merentasi ideologi politik dapat dimeterai atas satu perjanjian.
“Walaupun berbeza dalam pegangan ideologi politik mereka tetapi bersama dalam urusan mencari kestabilan politik. Kerana kestabilan politik jika terganggu maka akan sukarlah untuk melakukan apa sahaja yang hendak dilaksanakan,” jelasnya.
Beliau berkata, sikap positif Ahli Parlimen Bera itu jelas menonjol dalam mencorak serta menerapkan apa jua pendekatan dalam pentadbiranya yang kini menjengah usia setahun.
Katanya, ketika ini masyarakat sedang menerima dan merasai hasil yang positif hasil daripad langkah yang diambil sepanjang tempoh tersebut.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo