NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita hilang disambar buaya ketika memancing

Operasi SAR wanita yang dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, petang tadi. - Foto ihsan bomba

KINABATANGAN: Seorang wanita tempatan dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.42 petang.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lima anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

"Lokasi itu dikatakan memang menjadi tempat memancing dalam kalangan penduduk ketika air sungai pasang.

"Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tiba-tiba disambar buaya dan dibawa ke dalam air lalu hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, beliau berkata, usaha SAR giat dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.


Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo