NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Padah rakam bahagian bawah paha wanita


JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah, mengundang padah apabila dia ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit di kaunter bayaran pasar raya pada 10.14 malam tadi.

"Wanita warga asing berusia 24 tahun itu telah diberitahu saksi awam bahawa lelaki terbabit merakam video secara sulit di bahagian bawah pahanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, lelaki terbabit kemudian ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Setia Indah untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan terhadap telefon bimbit lelaki terbabit menemukan pelbagai lagi video rakaman sulit tidak senonoh membabitkan beberapa wanita lain.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo