NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jepun lulus vaksin cacar untuk cegah cacar monyet

Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85 peratus untuk mencegah cacar monyet. - Gambar/ WHO

TOKYO: Panel pakar Kementerian Kesihatan Jepun pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.
Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85 peratus untuk mencegah cacar monyet, lapor Jiji Press.
KM Biologics ialah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co.
Kementerian itu telah memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di Pusat Kesihatan dan Kebangsaan dan Perubatan Global untuk tujuan penyelidikan.
Setakat Rabu lebih 18,000 orang di 78 negara telah dijangkiti virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo