NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'UMNO tolak tak apa... abah kita ada kat sini', tegas Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri) berbincang sesuatu bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (tiga, kanan) pada majlis pelancaran Perikatan Nasional peringkat Terengganu di Rusila di sini, malam tadi. - Foto NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Perikatan Nasional (PN) yakin gabungan PAS, BERSATU dan Gerakan mampu memberi kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai persediaan menghadapi pilihanraya itu, PN juga sudah membuat keputusan untuk menyelesaikan pembahagian kerusi pada mesyuarat lalu.

"Pada mesyuarat PN yang baru lalu, kita sudah buat keputusan tak nak lengah-lengah, mahu selesaikan segera pembahagian kerusi di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Perikatan Nasional 

Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, di sini, malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 ahli parti itu turut disertai Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris.

Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan pilihanraya adalah satu tugas besar, jentera parti perlu diperkukuhkan untuk menentukan supaya rakyat faham apakah perjuangan parti berkenaan.

"Dengan gabungan parti, bekerja keras dan yakin, Insya-Allah boleh menang PRU....yakin menang besar.

"Ini bukan takabur tetapi realiti. Dengan sokongan tidak besar mana dari BERSATU, saya yakin kita boleh menang seratus peratus," katanya.

Dalam ucapannya, beliau tidak kecewa selepas Barisan Nasional (BN) menolak BERSATU daripada bergabung dalam Muafakat Nasional (MN).

"Namun saya yakin jika kerjasama parti Melayu Islam (BN, BERSATU dan PAS) dalam MN benar-benar terjalin, saya pasti kita boleh menang dengan lebih 2/3 pertiga tetapi malangnya sehingga hampir satu tahun...saya kira lebih... sampai hari ini, UMNO buat keputusan menolak kami (BERSATU dan PAS) menyertai MN.

"Tidak terima tak apa...kita ada PAS...abah kita ada kat sini....ini abah saya (Abdul Hadi). Kita sama-sama dengan nawaitu yang sama, kita rasa kita boleh berusaha.

"Gabungan ikatan persaudaraan kita sekuat-kuat yang mungkin, bekerja keras, memikul amanah dan tanggungjawab, saya percaya dengan izin Allah kita akan berjaya pada pilihanraya nanti," katanya.


Sumber | BH Online







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo