NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wabak cacar monyet, New York isytihar darurat

Pekerja penjagaan kesihatan Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental Bandar New York bekerja di khemah pengambilan di mana individu didaftarkan untuk menerima vaksin cacar monyet. - Foto AFP

WASHINGTON: Pihak berkuasa di New York City semalam mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA).

Datuk Bandar New York City, Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan, Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata, seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.

"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak," menurut kenyataan itu.

Langkah itu diambil beberapa hari selepas New York dan San Francisco turut mengisytiharkan darurat.

"Saya mengisytiharkan darurat untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet," ciap Gabenor New York Kathy Hochul di Twitter Jumaat lalu.

Sementara itu, kes di bandar raya San Francisco di California telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu mencecah 261 kes. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan wabak cacar monyet. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo