NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shinzo Abe (bekas PM Jepun) ditembak ketika berucap


Tokyo: Bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pada Jumaat, lapor Bernama yang memetik Agensi Berita Xinhua.

Dalam pada itu, AFP yang memetik NHK dan Agensi Berita Kyodo menyatakan, ketika kejadian, Abe menyampaikan ucapan menjelang pilihan raya.

Abe, 67, kemudian dilaporkan rebah dan darah kelihatan dari lehernya, kata sumber Parti Demokratik Liberal (NDP) kepada Agensi Berita Jiji.

Namun, tiada jurucakap dari NDP atau Kyodo dapat mengesahkan kejadian itu.

Menurut NHK dan Agensi Berita Kyodo, Abe dikejarkan ke hospital dan tidak menunjukkan tanda-tanda terselamat.

Sementara itu, beberapa media melaporkan bahawa tembakan itu dilepaskan dari arah belakang dan mungkin dilepaskan dari pistol.

NHK melaporkan susulan kejadian, seorang lelaki ditahan, namun tiada butiran lanjut berhubung kejadian setakat ini.

Abe adalah perdana menteri Jepun yang berkhidmat paling lama, iaitu setahun pada 2006 dan sekali lagi antara 2012 dan 2020.


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/859594/bekas-pm-jepun-ditembak-ketika-berucap

Sumber Gambar: https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-07-08/former-japan-pm-abe-collapses-after-shots-heard-man-in-custody

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo