NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, mereka yang masih belum mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak diminta dapat berbuat demikian. - Gambar fail/BERNAMA

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
Sehubungan itu, rakyat dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, mereka yang masih belum mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak diminta dapat berbuat demikian.
“Memandangkan ada sub-varian B4, B5 dan banyak negara dah kena, negara keliling kita pun dah kena dan keadaan sekarang pun dah meningkat, kita jagalah diri kita,” katanya.
Beliau ditemui selepas membuat lawatan mengejut ke projek Hospital Parit Buntar di Simpang Lima, di sini, hari ini.
Menurutnya, bagaimanapun KKM telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19, termasuk dari segi kemudahan hospital dan perubatan.
Mengenai penyakit cacar monyet yang telah dikesan di negara jiran, beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah kawalan di pintu-pintu masuk negara diperketatkan lagi.
Dalam masa sama, katanya, rakyat yang ingin ke negara-negara yang berlaku kes itu diminta lebih berhati-hati.
“Tidak digalakkan pergi (ke negara-negara berkenaan) ketika ini, pergilah waktu lain,” ujarnya.
Beliau turut menasihatkan rakyat agar mengguna pakai SOP untuk pencegahan penularan COVID-19 seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengelakkan tempat sesak.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo