NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mendengar penerangan daripada Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat meninjau kawasan banjir di Kampung Iboi Kupang hari ini. - BERNAMA

BALING: Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, kesemua laporan berkenaan diterima di empat buah kaunter yang dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai sejak malam pertama kejadian berkenaan.
"(Jumlah 627) laporan (itu adalah daripada) mangsa banjir, mereka buat laporan (berkaitan) kerosakan rumah (mereka).
"Setakat ini dipercayai 15 (buah rumah) hilang daripada radar dan (kini) jadi alur (laluan baharu) sungai dan 18 (lagi rumah) mendapat kerosakan teruk (dan memang sukar untuk dibaiki)," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Media Kg Iboi, selepas mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di kawasan bencana, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Wan Hassan sekali lagi mengingatkan mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyampaikan bantuan untuk berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu.
Ia adalah bagi memastikan proses penyaluran bantuan dilaksanakan dalam keadaan teratur selain kesemua penduduk dari 12 kampung yang terjejas akan menerima bantuan berkenaan.
"(Jika sengaja masuk kawasan bencana tanpa kebenaran) itu (sebenarnya) melanggar (arahan yang ditetapkan) dan kita boleh ambil tindakan, di bawah Seksyen186 Kanun Keseksaan dan ianya tidak sepatutnya berlaku,
"Di kawasan ini, kita dah tempatkan dua 'road block', iaitu di Kupang dan Kuala Kuang, Jerai supaya kita dapat tapis mereka yang masuk ke sini dan kita tahu di mana mereka nak pergi dan siapa mereka ini.
"Mereka juga dikehendaki mendaftarkan diri di PKOB dan di sana akan diagihkan kumpulan ini di mana (mereka akan) ditempatkan, (ia adalah bagi memudahkan (pihak polis) untuk mengesan mereka, (sekiranya) apa-apa berlaku dan sebagainya," ujarnya.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo