NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istanbul untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye. - Foto BERNAMA

ISTANBUL: Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye, berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Katanya, selain memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye, beliau akan turut memanfaatkan peluang untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara itu selain mendapatkan sumber makanan seperti tepung gandum.

Pengeluaran gandum tahunan Turkiye mencecah hampir 20 juta tan dan republik itu adalah pengeksport bersih komoditi berkenaan.

"Satu pertiga daripada pengeluaran gandum dunia adalah dari Ukraine dan Russia. Namun, konflik perang antara kedua-dua negara itu selain keputusan India mengurangkan eksport gandum, telah memberi tekanan hebat ke atas bekalan makanan itu...Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia terus memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat," katanya.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo