NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand

Permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara merupakan antara penyumbang utama berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke negara jiran seperti Thailand. - Gambar fail/ Astro AWANI

BACHOK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata satu perbincangan mengenai isu itu telah diadakan antara pihaknya dengan agensi terlibat baru-baru ini sebagai salah satu usaha berterusan mengatasi masalah itu.
"Adalah tidak adil apabila subsidi yang dikeluarkan Malaysia diseleweng dan dinikmati rakyat negara lain.
"Untuk minyak subsidi kita ada 22 pengilang, 305 pembungkus berlesen, 4,151 syarikat pemborong dan lebih 30,000 peruncit, jadi, setiap peringkat ini ada peluang yang mendorong kepada ketirisan dan sebab itu, kita akan buat pemeriksaan di semua peringkat bagi mengesan perbuatan itu," katanya pada sidang media selepas melawat kilang pembungkusan minyak di Beris Kubor Besar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azman berkata permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara merupakan antara penyumbang utama berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke negara jiran seperti Thailand.
"Selain kawalan sempadan, kita turut beri tumpuan supaya minyak subsidi tidak diberi kepada pihak tidak sepatutnya seperti industri besar kerana pihak terbabit mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan dengan menyeludup bahan itu ke negara jiran," katanya.
Beliau berkata pihak yang terbabit dengan ketirisan minyak bersubsidi itu akan digantung lesen dan kuota selain disiasat mengikut mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo