NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Timbalan Presiden MIC meninggal dunia

Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam, 78, meninggal dunia, malam ini.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam, 78, meninggal dunia, malam ini.

Anaknya, Sunther memaklumkan, bapanya meninggal dunia kira-kira jam 8 malam.

"Ayah saya meninggal dunia dengan tenang ketika tidur," katanya turut memaklumkan bapanya terlantar hampir 11 tahun selepas diserang angin ahmar.

Acara pengebumian mendiang akan diadakan di rumah keluarganya di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis ini.

Mendiang sebelum ini pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Damansara dari 1974 hingga 1982 dan Ahli Parlimen Segamat selama empat penggal dengan penggal terakhirnya adalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Pada pemilihan MIC 2006, beliau tewas dan tempatnya sebagai Timbalan Presiden MIC digantikan oleh Datuk Seri G Palanivel.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo