NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemboja beri amaran ancaman subvarian Omicron BA2.75


PHNOM PENH: Pegawai tertinggi kesihatan menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk melindungi diri mereka daripada penularan COVID-19 kerana subvarian Omicron lebih agresif, dikenali sebagai BA2.75 sudah dikesan di Thailand.

Setiausaha Negara merangkap jurucakap Kementerian Kesihatan, Or Vandine, berkata penularan subvarian itu belum direkodkan di Kemboja, walaupun sudah dikesan di negara jiran.

"Ia adalah jenis baharu subvarian BA.2 tetapi masih tergolong sebagai COVID-19. Mengikut analisis awal, subvarian ini lebih agresif berjangkit berbanding varian terdahulu tetapi belum ada penyelidikan terperinci dilakukan.

"Terdapat kemungkinan varian ini berpotensi berkembang, namun tak tahu sejauh mana. Jadi, semua orang digesa terus berwaspada dan pastikan mengambil dos lengkap vaksin masing-masing," katanya yang juga Ketua Jawatankuasa Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan,.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bukti menunjukkan antara 10 hingga 20 peratus daripada pesakit COVID-19 yang pulih sepenuhnya, mengalami kesan sampingan jangka panjang.

Vandine berkata, WHO baru-baru ini mengumumkan terdapat lebih sejuta pesakit COVID-19 di seluruh dunia pulih tetapi masih mengalami masalah kesihatan dan tidak jelas berapa lama ia akan berterusan.

Tambah beliau, kesan sampingan berpanjangan berbeza bagi setiap pesakit, termasuk kerap sakit kepala, tidak boleh tidur, keletihan dan kehilangan nafsu syahwat, selain menyebabkan ramai pesakit mengalami masalah psikologi.

Berdasarkan kajian WHO, antara 25 hingga 30 peratus pesakit COVID-19 bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Kadar vaksinasi COVID-19 di Kemboja mencecah 94.49 peratus daripada anggaran 16 juta penduduk negara itu sehingga kelmarin, dengan lebih 9.6 juta orang setakat ini sudah menerima dos ketiga, manakala dos keempat (lebih 3.3 juta) dan dos kelima (lebih 430,000).

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 24 kes baharu COVID-19, selain tambahan 10 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu meningkat kepada 136,612 kes, 133,408 kes sembuh serta 3,056 kematian. - AGENSI







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo