NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura kesan dua lagi kes cacar monyet


SINGAPURA: Dua lagi kes cacar monyet dikesan semalam membabitkan seorang mangsa warga Estonia berusia 46 tahun dan seorang lagi, warga Singapura berusia 26 tahun.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik ini meningkat kepada lapan termasuk empat jangkitan tempatan dan empat jangkitan import tetap kesemuanya tiada kaitan antara satu sama lain.

Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kemas kini tertinggi di laman sesawangnya, melaporkan bahawa lelaki warga Estonia itu tiba di Singapura dari London pada 21 Julai lalu.

Dia diuji positif semalam, selepas mengalami ruam pada bahagian pangkal paha, demam dan bengkak kelenjar limfa.

Lelaki warga Singapura yang disahkan positif semalam turut mengalami ruam pada bahagian pangkal paha dan bahagian badan lain 

Kedua-dua pesakit dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Antarabangsa dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kenyataan kepada The Straits Times mengenai sama ada Singapura akan menukar sekatan di sempadan susulan tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global semalam, MOH berkata kebanyakan syor WHO sudah pun dilaksanakan sejak Mei lalu.

Antaranya termasuk mengasingkan kes yang disahkan dan kuarantin 21 hari bagi kontak rapat bermula dari tarikh terdedah kepada pesakit manakala kontak berisiko rendah wajib menjalani pemantauan menerusi telefon selama 21 hari iaitu tempoh maksimum inkubasi virus terbabit.

MOH berkata sistem kesihatan sedia ada mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk mengesan, menguji serta merawat jangkitan cacar monyet.

Tambah MOH lagi, ia kini giat mendekati golongan paling terdedah, yang mana kajian menunjukkan golongan lelaki melakukan hubungan seks sejenis adalah golongan berisiko tertinggi. - AGENSI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo