NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KBS kesal bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan miliki dadah

Lian Ker berkata, kesemua atlet negara bertanggungjawab ke atas sebarang kemasukan bahan terlarang ke dalam sistem tubuh badan mereka. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kesal dengan kejadian bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine pada Sabtu lepas.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, yang mengulas mengenai perkara itu berkata, kesemua atlet negara bertanggungjawab ke atas sebarang kemasukan bahan terlarang ke dalam sistem tubuh badan mereka.
"Perkara itu adalah tertakluk di bawah 'Principles of Strict Liabilty' (WADA, 2021).
"Nasihat saya kepada semua atlet tidak kira di peringkat mana sekali pun ialah penyalahgunaan bahan terlarang bukan hanya menghancurkan karier mereka sebagai atlet, malah imej negara, peribadi, keluarga dan sukan itu sendiri akan turut terpalit.
"Jauhilah diri daripada amalan salah ini," katanya dilaporkan Bernama dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo