NOTIS:

Belum ada lagi....

Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral

0

Melalui perkongsian warganet di media sosial, orang ramai dilihat berpusu-pusu membeli bekalan air mineral di sebuah pasar raya terkenal sebagai persediaan berikutan ketiadaaan bekalan air di kawasan kediaman mereka. - Foto ihsan pembaca


SEBERANG PERAI: Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.
Pembelian dibuat sebagai persediaan kerana tidak sempat menyimpan bekalan air kerana mendakwa tidak mendapat notis awal daripada pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Seorang penjawat awam, Siti Musyati Abdul Mutalib, dari Taman Seri Indah, Kepala Batas, berkata,dia bertindak membeli air mineral kerana bimbang bekalan air tidak mencukupi untuk kegunaan dia sekeluarga.


Katanya, ketiadaan notis awal menyebabkan orang ramai tidak sempat membuat persediaan awal menyimpan bekalan air di rumah.
“Sebab tak dapat notis awal adanya gangguan air, jadi saya tak buat sebarang persediaan menyimpan air minuman untuk kegunaan keluarga, jadi terpaksalah beli air mineral dahulu sebab tak dapat nak jangka bila bekalan air akan pulih sepenuhnya.
“Di pasar raya di Kepala Batas pun, ramai orang yang datang beli air mineral, semuanya saya tengok beli dalam jumlah yang agak banyak,” ujarnya.
Seorang suri rumah, Norbashariza Mohd Basir pula memaklumkan terpaksa pergi ke beberapa buah kedai runcit untuk mendapatkan bekalan air mineral, namun semuanya kehabisan stok.
“Ada beberapa buah kedai yang saya pergi, semuanya katanya stok air mineral dah habis. Saya terpaksa pergi ke beberapa buah kedai lain hanya semata-mata untuk mencari air mineral untuk minuman dan kegunaan ahli keluarga,” katanya.
Sementara itu, melalui perkongsian warganet di media sosial, orang ramai dilihat berpusu-pusu membeli bekalan air mineral di sebuah pasar raya terkenal sebagai persediaan berikutan ketiadaaan bekalan air di kawasan kediaman mereka.
Terdahulu, rata-rata warga Seberang Perai dan bahagian pulau negeri ini memuat naik pelbagai hantaran di media sosial bagi memaklumkan ketiadaan bekalan air serta tekanan air rendah yang berlaku di kawasan mereka.
Mereka terkejut dengan situasi tersebut berikutan tiada notis dikeluarkan pihak PBAPP sebelum insiden ketiadaan air tular di media sosial.
Mereka juga mendakwa situasi tersebut berlaku susulan banjir di Baling, Kedah yang menyebabkan air di Sungai Muda terlampau keruh dan tidak dapat dipam masuk ke loji.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan petang Rabu memaklumkan , Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth dihenti tugas pada jam 8 pagi tadi bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan susulan berlaku kekeruhan pada air mentah yang dipam dari Sungai Muda.
LRA itu dilaporkan sudah kembali beroperasi semula seperti biasa dan pihak PBAPP menjangkakan tekanan bekalan air dapat dipulihkan sekitar jam 12 tengah hari esok.

Sumber | Astro Awani 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo