NOTIS:

Belum ada lagi....

50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

0

Antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh dan Lubuk Sireh. - Gambar/ FB Qairal Shiffan

PADANG BESAR: Kira-kira 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda seluruh Perlis pagi tadi.
Pegawai Penyelaras Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Shuhaimi Nordin berkata sehingga petang ini, pihaknya menerima laporan 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis bermula kira-kira 10 pagi tadi.
"Mangsa diminta agar segera membuat laporan polis dan mengisi borang pemohonan bantuan daripada MAIPs," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun anggaran sebenar kerosakan dan rumah terlibat masih belum diketahui.
Katanya antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh dan Lubuk Sireh.
Salah seorang mangsa Rosnah Daud, 74, berkata beliau reda dengan apa yang berlaku.
"Mak cik tidak mampu buat apa-apa namun reda dengan takdir Allah, namun rumah pusaka berusia 100 tahun menyimpan banyak kenangan," katanya yang tinggal di Kampung Lubok Besar bersama seorang cucunya Muhammad Amir Ashraf, 15.
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata ketika ketika kejadian beliau sedang mengoreng daging korban untuk makan tengah hari.
"Alhamdulillah nasib baik ketika ribut mak cik berada di dapur dan bahagian ruang tamu rumah yang roboh," katanya.
Turut berkongsi pengalaman, Sitina Ali, 65, dari Kampung Panggas Kechil berkata beliau hanya menyedari bumbung rumahnya diterbangkan ribut setelah mendengar jeritan cucunya Nor Anati Umarah Muhamad Hairi, 17, yang ketika kejadian, berada di bilik.
"Masa kejadian kira-kira 11.30 pagi makcik sedang jemur kain di dapur, bila dengan jeritan cucu.. makcik terus ke bahagian hadapan bagi melihat keadaan beliau.. Alhamdulillah semua selamat," katanya.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo