NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Toyota Jepun kurangkan 6 peratus pengeluaran antarabangsa untuk Julai

Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Toyota mengurangkan pengeluaran globalnya untuk Julai sebanyak enam peratus, dengan hanya 800,000 unit kereta berbanding 850,000 unit. - Gambar fail/EPA

MOSCOW: Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Toyota mengurangkan pengeluaran globalnya untuk Julai sebanyak enam peratus, dengan hanya 800,000 unit kereta berbanding 850,000 unit, lapor Sputnik.
"Jumlah pengeluaran global untuk Julai dijangka kira-kira 800,000 unit (kira-kira 250,000 unit di Jepun dan 550,000 unit di luar negara).
"Kami telah menyemak semula rancangan pengeluaran global sebanyak kira-kira 50,000 unit daripada jumlah yang diberikan kepada pembekal kami pada awal tahun," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Selain itu ada kemungkinan pengeluaran mungkin lebih rendah berikutan kekurangan semikonduktor dan penularan COVID-19.
Pada Mei, Toyota mengurangkan pengeluarannya sebanyak 10 peratus, iaitu 700,000 kereta berbanding 800,000 berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan COVID-19 dan konflik di Ukraine.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo