NOTIS:

Belum ada lagi....

Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan cecah 1,000

0

Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di wilayah timur Paktika, di mana 255 orang terbunuh dan lebih 200 cedera, tambah Ayubi. - Gambar/ AP

ANGKA kematian akibat gempa bumi di Afghanistan pada Rabu mencecah 1,000 dengan lebih 1,500 orang lagi cedera.
Pegawai pengurusan bencana negara itu berkata, angka korban dan mangsa cedera dijangka meningkat apabila lebih banyak maklumat dapat disalurkan dari kawasan perkampungan serta pergunungan yang terpencil.
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Paktika dan Khost, berhampiran sempadan Pakistan itu, adalah yang paling teruk sejak 2002, lapor Reuters.
Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan ratusan kediaman musnah dengan banyak mayatn yang belum dapat diuruskan bergelimpangan di atas tanah.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri Salahuddin Ayubi, berkata helikopter dikerahkan dalam usaha menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang cedera, selain menghantar bekalan ubat dan makanan kepada kawasan terjejas.
“Jumlah kematian berkemungkinan meningkat kerana beberapa kampung berada di kawasan terpencil di pergunungan dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul maklumat,” katanya.
Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di wilayah timur Paktika, di mana 255 orang terbunuh dan lebih 200 cedera, tambah Ayubi.
Di wilayah Khost, 25 maut dan 90 telah dibawa ke hospital.
Sehingga kini, tiada laporan kematian atau kecederaan di sebelah Pakistan.
Pemimpin tertinggi Taliban yang memerintah, Haibatullah Akhundzada, mengucapkan takziah dalam satu kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat menjadi ujian besar bagi Taliban, yang mengambil alih negara Ogos lalu dan tidak menerima bantuan antarabangsa disebabkan sekatan yang dikenakan.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo