NOTIS:

Belum ada lagi....

Tambang ECRL: PM mahu harga amat berpatutan, tidak bebankan rakyat

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting East Coast Rail Link (ECRL) di Bukit Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA

BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta harga tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak membebankan rakyat apabila projek tersebut siap pada 2027 nanti.
Menurut Ismail Sabri, isu berkaitan tambang itu perlu diberi perhatian memandangkan terdapat pihak yang cuba menyebarkan fitnah mengatakan seolah-olah harga tambang ECRL berkenaan melebihi tambang pesawat.
"Sehubungan dengan itu saya meminta Kementerian Pengangkutan berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan ECRL yang amat berpatutan seperti tambang perkhidmatan KTM ETS yang mesra rakyat.
“Baru-baru ni kita tengok ada di media sosial, dah ada yang dah membuat fitnah dan sebagainya yang mengatakan tambangnya lebih mahal dari naik pesawat dan saya minta Menteri Pengangkutan lihat dengan serius perkara ini,” katanya pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting East Coast Rail Link (ECRL) di Bukit Tinggi hari ini.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) pertama projek ECRL sekali gus menandakan bermulanya kerja pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer.
Mesin tersebut merupakan satu lagi pencapaian penting bagi projek ECRL memandangkan mesin canggih buatan China itu adalah yang terbesar bagi kerja-kerja rel di Asia Tenggara.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, projek jajaran ECRL sepanjang 665 kilometer bernilai RM50.27 bilion yang merentasi empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor itu merupakan satu pencapaian bersejarah negara.
Pembinaan terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer itu juga menjadikannya terowong rel terpanjang di rantau ini.
Projek ECRL dijangka beroperasi pada Jun 2027 dan ia akan menawarkan jalinan pengangkutan lebih moden, selamat dan efisien ke Pantai Timur.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo