NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) melawat wad proses endoskop selepas merasmikan makmal "Sleep Lab" dan Klinik Pakar Hospital Rembau, hari ini. - Foto BERNAMA

REMBAU: Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy memaklumkan, jangkaan awal itu bukan untuk menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, sebaliknya ia mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak terlibat.
Katanya, ia juga berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.
“Ini adalah pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa.
“Yang penting telah kita pastikan keseriusan gelombang itu adalah ringan dengan kadar kematian, kemasukan ke unit rawata rapi (ICU) terkawal atau pada paras rendah… itu maksudnya kita boleh hidup dengan COVID-19.
“Jadi, tujuan saya menyatakan itu adalah untuk memberi bayangan bahawa saya sebut dua tiga bulan akan datang, tapi saya rasa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat,” sidang media selepas majlis perasmian makmal 'Sleep Lab' dan Klinik Pakar Hospital Rembau, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, semua negeri menunjukkan peningkatan kes sejak semalam kecuali Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Ujar Khairy, pihaknya juga sering mengikuti perkembangan di negara jiran khususnya Singapura khsusnya susulan pembukaan sempadan negara baru-baru ini yang menyaksikan rakyat bebas keluar dan masuk antara kedua-dua negara.
Katanya, beliau dimaklumkan Menteri Kesihatan Singapura bahawa di Negara itu, varian BA.4 dan varian BA.5 merupakan 30 peratus daripada keseluruhan kes dan kebolehjangkitan tinggi berbanding varian BA.2 di Malaysia.
Bagaimanapun menurutnya, kesan varian berkenaan adalah sama dengan yang asal iaitu kadar kebolehjangkitan tinggi dan ini adalah sesuatu yang menyebabkan kes meningkat namun masih terkawal.
Justeru, beliau mengingati golongan warga emas serta individu yang mempunyai penyakit kronik untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak kedua bagi melindungi diri daripada kesan sampingan yang buruk sekiranya dijangkiti COVID-19.
Sementara itu, KKM menetapkan sasaran sebanyak 40 buah hospital di negara ini dilengkapi kemudahan one stop sleep centre(pusat sehenti masalah tidur) memandangkan bilangan pesakit yang memerlukan ujian polysomnography atau lebih dikenali sebagai sleep study untuk mendiagnos sleep apneayang dikatakan semakin meningkat.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo