NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Si jahil politik saja cakap Ismail Sabri PM paling lemah - Hadi


Ketika pemimpin Umno sendiri mengritik perdana menteri daripada parti mereka, Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini tampil mempertahankan Ismail Sabri.

“Tak betul tu.

“Itu salah,” kata Hadi ketika menjawab soalan pemberita.

Rakaman itu dibuat naik di media sosialnya sebentar tadi,

Sementara itu, Hadi berkata, masalah negara tidak boleh dibebankan atas bahu perdana menteri seorang.

Dia berkata Ismail berjaya menyelesaikan banyak masalah walaupun ketika berdepan suasana mencabar termasuk Covid-19 dan inflasi yang melanda seluruh dunia.

“Orang cakap tu orang tak reti, tak tahu, orang yang jahil politik,” katanya.

Timbalan pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed kelmari menggelar Ismail Sabri sebagai perdana menteri Umno paling lemah dalam sejarah negara kerana masih belum memutuskan pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodit Zuraida Kamaruddin. 

Jazlan berkata, Zuraida keluar Bersatu–parti pendukung kerajaan–lebih dua minggu tetapi masih berada dalam kabinet.

Pemimpin Umno dan Bersatu masing-masing menuntut kerusi berkenaan.

Bagaimanapun tidak semua pemimpin Umno bersetuju dengan kritikan itu.

Setakat ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid antara yang tidak setuju dengan cara kritikan itu dibuat.

Silap kerajaan lama

Sementara itu, Hadi juga berkata Ismail menunjukkan pencapaian terbaik dalam keadaan yang mencabar.

Dia bagaimanapun berkata pemimpin nombor satu negara itu banyak memikul “bebanan peninggalan kerajaan dulu”. 

“Silap mereka kena baiki balik,” dakwanya.


Sumber | Malaysiakini






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo