NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis diminta siasat pengguna Facebook Siti Aishah, dakwa kerajaan hapus semua subsidi

MOHD. ZAI MUSTAFA

PUTRAJAYA: Pihak polis diminta menyiasat seorang pengguna Facebook, Siti Aishah Shaik Ismail yang didapati mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan mendakwa kerajaan akan menghapuskan semua subsididalam negara.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd. Zai Mustafa berkata, kenyataan individu itu jelas sekali cuba menyebarkan kebencian kepada kerajaan dengan membuat kenyataan tidak benar melalui platform media sosoal semata-mata untuk menghasut orang ramai.

Katanya, dalam hantaran Facebook Siti Aishah, dia menulis: “1 Julai ini bukan tarikh keramat tapi tarikh derita. Semua subsidi dalam negara akan dilupus semua, semua subsidi yang membantu rakyat dari bebanan harga semuanya akan diambil semula oleh pemerintah negara.”

“Kenyataan beliau ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyebut seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar membuat apa-apa hantaran atau komen palsu dengan niat untuk menyakitkan hati.

“Kenyataan beliau ini adalah berbahaya kerana ia menyebarkan kebencian kepada kerajaan malah merupakan satu kesalahan juga di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan bantuan tunai langsung kepada golongan miskin selepas menghapuskan subsidi untuk beberapa barangan keperluan termasuk ayam, telur dan minyak masak botol. – UTUSAN






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo