NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Samsung Premium Experience Store pertama Asia Tenggara dibuka di Kuala Lumpur


Jika anda ingin membeli peranti, pembelian secara fizikal membolehkan anda mencubanya. Samsung membuka Premium Experience Store yang pertama di Asia Tenggara, bertempat di Four Seasons, Kuala Lumpur.

Apa yang membezakan Premium Experience Store dengan kedai fizikal Samsung yang lain adalah ia direka dengan ruang-ruang khusus membolehkan pengguna mencuba peranti itu, disamping terdapat ruangan membolehkan bengkel dan seminar produk dilakukan. Malah di Premium Experience Store terdapat peranti premium mereka yang sukar ditemui di cawangan lain.

Terdapat 6 ruangan khas membolehkan pengguna mencuba peranti dari Samsung termasuklah almari BESPOKE AirDresser, projektor Samsung Premiere, siri peti ais serta vakum BESPOKE dan pelbagai lagi. Malah terdapat ruang dapur yang direka khas membolehkan ramai hadirin melihat demonstrasi memasak menggunakan ketuhar Samsung.

Untuk tempoh terhad sehingga 21 Jun, pembelian peranti terpilih seperti Galaxy Z Flip3 5G, TV QLED 4K, dan peti ais BESPOKE akan turut menerima rebat dan juga hadiah percuma. Jika anda tiada sebarang perancangan pada hari minggu, hadirkan diri anda ke Samsung Premium Experience Store bagi mencuba sendiri pengalaman rumah pintar dari Samsung. 


Sumber | Amanz







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo