NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eclimo ES11 ialah motorsikal elektrik buatan tempatan


Tatkala dunia kini sedang memperlihatkan peralihan daripada menggunakan kenderaan petrol kepada kenderaan hibrid dan juga elektrik, sebuah syarikat tempatan dilihat mahu membangunkan sektor motorsikal elektrik tempatan dengan penawaran mereka sendiri.

Melalui platform pelaburan tempatan Mystartr, Eclimo telah memperkenalkan sebuah projek baru untuk memperkenalkan dan membina siri motorsikal elektrik tempatan yang mampu-milik untuk semua rakyat Malaysia dan juga untuk dikembangkan di seluruh rantau Asia Tenggara.

Motorsikal elektrik ini, yang dinamakan Eclimo ES11 tampil dengan tiga variasi, iaitu Eclimo ES11, ES11 S dan ES11 SS tampil dengan model yang mempunyai ciri-ciri seperti tempat penyimpanan barang sekiranya ia digunakan sebagai perkhidmatan penghantaran barang dan sebagainya.


Motorsikal elektrik ini mempunyai jarak perjalanan 100km dengan kelajuan 100km/j . Pengecasan daripada kosong ke penuh mengambil masa 1 jam apabila pengecas 5kWh digunakan. Lebih menarik lagi, bateri yang digunakan didalam motorsikal ini dibangunkan sendiri oleh Eclimo, menjadikannya sebuah motorsikal yang 100 peratus buatan tempatan.


Selepas fasa pelaburan tamat pada penghujung bulan Julai kelak, Eclimo menjangkakan bahawa mereka akan mula menjual motorsikal ES11 ini pada harga RM9999 tidak lama lagi. Syarikat tersebut menjangkakan bahawa mereka akan menjual sekitar 2000 unit motorsikal ini di pasaran tempatan, sebelum memperkenalkan penawaran ini ke negara-negara lain seperti Thailand, Vietnam dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat untuk melaburkan wang kedalam projek ini, ataupun mahu mengetahui lebih lanjut mengenai motorsikal ini, anda boleh melayari laman web Mystartrataupun Eclimo sekarang.


Sumber | Amanz




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo