NOTIS:

Belum ada lagi....

NIISe bernilai RM1 bilion mampu pertingkat, modenkan sistem imigresen negara - Hamzah

0

Hamzah mengingatkan kontraktor dan pihak terbabit agar menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dengan kos RM1 bilion diyakini mampu mempertingkatkan sistem imigresen negara ke tahap yang lebih baik.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, paling utama adalah ia akan menjadikan sistem imigresen negara terus relevan terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan dan memastikan kedaulatan serta keselamatan negara terpelihara.
Beliau berkata, kontrak NIISe antara kerajaan dengan syarikat IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd sudah dimuktamadkan Mei lalu, membabitkan lebih 12 kontraktor.
"Banyak negara pengeluar solution teknologi terhebat, digabungkan dan diintegrasikan melalui kontraktor-kontraktor pembekal kepada IRIS. Saya yakin negara-negara ini mempunyai kemajuan teknologi terbaik di luar sana.
"Integrasi yang dilakukan IRIS melalui NIISe ini yang paling utama, ini satu kebanggaan untuk negara. Syabas saya ucapkan," katanya pada Majlis Perasmian Penyerahan Kontrak Projek NIISe, di sini, hari ini.
Beliau juga mengingatkan kontraktor dan pihak terbabit agar menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik, dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan sentiasa memantau rapi perkembangan serta status projek yang dilaksanakan di seluruh negara.
Mengikut tempoh kontrak, NIISe akan beroperasi sepenuhnya pada 2024.
NIISe dilaksanakan bagi menggantikan sistem myIMMs di Jabatan Imigresen Malaysia yang sudah beroperasi lebih 20 tahun lalu.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo