NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia kembali rekod sifar kematian akibat COVID-19 hari ini

Sebanyak 2,130 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,536,795 kes. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 18 bulan, Malaysia akhirnya kembali merekodkan sifar kes kematian akibat COVID-19 hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kali terakhir negara merekodkan angka sifar kematian adalah pada 18 Disember 2020.
Menerusi akaun Twitternya, Khairy berkata, peralihan berterusan kepada fasa endemik diukur dan dipacu data.
"Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia akan melaporkan 0 kematian akibat COVID-19.
"Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa agar ia terus membuahkan hasil," katanya.
Dalam pada itu, negara merekodkan sebanyak 2,130 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,536,795 kes.
Jumlah kes aktif sebanyak 25,626, iaitu lebih 1,049 kes berbanding hari sebelumnya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo