NOTIS:

Belum ada lagi....

PRU15: 'Friends of BN' diberi peluang jadi calon, BN bincang kerusi - Zahid Hamidi

0

Ahmad Zahid berkata pihaknya akan berbincang bagi menentukan kerusi untuk calon daripada Friends of BN pada pilihan raya itu. - Gambar/ Bernama

NILAI: Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Friends of BN akan diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO, berkata pihaknya akan berbincang bagi menentukan kerusi untuk calon daripada Friends of BN pada pilihan raya itu.
"Saya pasti akan beri peluang (untuk Friends of BN), di mana (kerusi) kita boleh bincang," katanya kepada pemberita pada majlis Santai Bersama Bossku@Nilai yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Parti Makkal Sakti di sini hari ini.
Selain Makkal Sakti, Friends of BN dianggotai Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, pula berkata Friends of BN mempunyai komitmen tinggi kepada BN sejak awal penubuhan parti itu.
Beliau berkata terpulang kepada pucuk pimpinan BN mempertimbang untuk memberi peluang kepada Friends of BN pada PRU15 selain perlu menzahirkan kesepakatan dalam perkara itu.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo