NOTIS:

Belum ada lagi....

Kes Siti Bainun: Pegawai polis buat analisis telefon bimbit papar gambar dan video Bella

0

Remaja perempuan dikenali sebagai Bella hadir di Mahkamah Sesyen pada 17 Jun lalu untuk sesi pengecaman. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau telah membuat analisis terhadap sebuah telefon bimbit yang memaparkan video Bella serta gambar menunjukkan kesan kecederaan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.
Juruanalisis Seksyen Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 42, berkata beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda itu di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Telefon bimbit itu dipercayai milik seorang wanita, yang juga sukarelawan rumah kebajikan tersebut yang merupakan rakan baik Siti Bainun.
Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Yip berkata beliau menerima sampul surat mengandungi telefon bimbit itu daripada Sarjan Harriss Islam Uyop pada 3 Ogos 2021 untuk dianalisis dan menyimpannya dalam almari besi.
Menurut saksi itu, pegawai penyiasat memintanya mengeluarkan kesemua gambar dan video daripada telefon bimbit berkenaan.
"Pegawai penyiasat meminta saya pegunkan video bertarikh 12 Feb 2021 menunjukkan Bella berada di ruangan dapur, video bertarikh 21 Mei 2021 menunjukkan Bella berada di ruangan dapur sambil makan berdiri dan gambar bertarikh 22 Mei 2021 semasa sambutan Hari Raya yang menunjukkan kesan kecederaan di muka dan leher Bella (berbaju kurung pink).
"Sebanyak 17 gambar dan empat video telah dikeluarkan dan saya membuat salinan ke dalam DVD- PDRM sebelum diserahkan kepada Insp Mior Samsul Abdul Rahman," katanya.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo