NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kapal LNG Hyundai menjadi yang pertama merentasi 10,000 Km secara swalayar


Swaterbang, swapandu, dan swalayar adalah perkara yang dianggap fiksyen hanya 10 tahun yang lalu kerana terdapat terlalu banyak halangan teknologi. Tetapi seperti kita sedia maklum semakin banyak kereta di atas jalan dengan kemampuan swapandu Tahap 2 dan dron swaterbang melakukan penerbangan tanpa input dari manusia.

Teknologi swalayar maju setapak hujung minggu lalu apabila kapal tangkai LNG Prism Courage buatan HD Hyundai berjalan melakukan pelayaran sejauh 10,000 km merentasi Lautan Pasifik tanpa campur tangan manusia. Kapal seberat 122,000 tan ini berlayar dari Texas ke Korea Selatan dalam perjalanan yang mengambil masa 33 hari.

Hanya perjalanan selepas merentasi Terusan Panama ke Korea Selatan dilakukan secara swalayar menggunakan sistem HiNAS 2.0 yang dibangunkan oleh Hyundai. Pelayaran ini dilakukan bagi melihat kemampuan sistem sebelum ia dipasarkan tahun hadapan. 


Tidak seperti sistem kawalan automatik biasa, HiNAS 2.0 menggunakan pelbagai sensor serta maklumat cuaca untuk merancang pelayaran. Ia sentiasa memastikan laluan adalah selamat dengan 100 kapal berjaya dielak sepanjang perjalanan selama 33 hari ini. Selain itu ia berjaya mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 7% dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 5%.


Sumber | Amanz





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo