NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu ketelusan jumlah sebenar pengguna, Elon Musk mengancam batalkan pembelian Twitter


Elon Musk hari ini mengancam untuk membatalkan hasrat untuk membeli Twitter kerana mendakwa platform media sosial ini tidak telus dengan jumlah pengguna sebenar berbanding bot. Dalam dokumen yang difailkan ke FCC hari ini, Musk berkata Twitter secara aktif menghalang dan melawan permintaan beliau mengenai jumlah sebenar bot berbanding pengguna sebenar.

Beliau hanya akan bersetuju membeli Twitter jika syarikat dapat membuktikan bahawa jumlah akaun bot adalah kurang daripada 5%seperti yang difailkan sebelum ini. Isu ini hanya beberapa minggu lalu menyebabkan Musk bertengkar secara terbuka dengan CEO Twitter Parag Agrawal.

Sejak mengumumkan hasrat membeli Twitter pada harga $44 bilion bulan lalu, Musk menyerang platform yang dikatakan berat sebelah kepada pengguna berhaluan kiri dan menyerang beberapa kakitangan berprofil tinggi.


Sumber | Amanz




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo